28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir Arena Kepayang Putra: KPKT tunggu laporan lengkap

    Shopee Sale

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti langkah terbaik bagi mengatasi kejadian banjir di Arena Kepayang Putra, Fair Park, Ipoh, semalam dengan paras air mencecah 1.5 meter.

    Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata pihaknya kini menunggu laporan penuh kejadian dan akan meneliti isu itu bagi mengelak insiden berulang.

    "Dahulu tak pernah berlaku seperti ini, namun saya telah arahkan Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk dapatkan laporan penuh punca kejadian ini agar langkah pencegahan dapat dilakukan.

    "Kalau ikutkan, taburan hujan yang luar biasa dan hujan melebihi 13 jam sejak malam semalam antara punca keadaan banjir ini dan saya gesa orang ramai mengambil langkah pencegahan akibat perubahan iklim yang berlaku sekarang," katanya pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Pengumpulan Dana Bangunan DAP Parlimen Batu Gajah di Batu Gajah, semalam.

    MENARIK:  Pemimpin Asean berhimpun di KL untuk sidang kemuncak hari ini

    Nga yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang berkata kejadian itu disifatkan luar jangkaan apabila kali pertama penduduk berhadapan banjir dalam tempoh 28 tahun.

    Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata setakat 5.30 petang tadi lebih 114 mangsa banjir berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah