28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Roti canai disebut ‘roti kanai’: Peserta M’sia mohon maaf

    Shopee Sale

    Peserta Malaysia dalam rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, tampil memohon maaf secara terbuka selepas tersilap menyebut roti canai sebagai “roti kanai” dalam satu episod rancangan itu.

    Kesilapan sebutan itu mencetuskan kritikan warganet, meskipun Tan berjaya memenangi cabaran berkenaan menerusi hidangan roti canai yang disediakannya.

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok dan Instagram pada 9 Jun lalu, Tan berkata dia sedih kerana mengecewakan ramai rakyat Asia Tenggara.

    “Saya tahu betapa pentingnya perkara ini kepada rakyat Asia Tenggara, jadi saya ingin memohon maaf. Ia tidak disengajakan sama sekali.

    "Saya tidak berniat untuk tersilap sebut nama hidangan kebangsaan dalam rancangan televisyen,” katanya di dalam video itu.

    Sebelum ini, peserta berusia 27 tahun itu menarik perhatian warga maya selepas video dia menyebut makanan popular Malaysia tersebut sebagai “roti kanai” ketika muncul dalam rancangan berkenaan tular di media sosial.

    Tan, yang mewakili rantau Asia-Pasifik, berjaya menambat hati tiga juri iaitu Gordon Ramsay, Joe Bastianich dan Tiffany Derry selepas menyediakan hidangan roti canai dalam tempoh sejam.

    Hidangan itu sekali gus membolehkannya menjuarai cabaran World Cup Cookoff.

    “Ayah saya berasal dari Johor dan kedua-dua atuk dan nenek saya pernah mempunyai kedai kopitiam sebelum mereka meninggal dunia. Saya rasa ada pertalian yang kuat dengan Malaysia,” katanya.

    MENARIK:  Isu tiga gajah M'sia di Jepun: MB Pahang akan jumpa pihak Zoo Taiping

    Tan turut mengakui tekanan sepanjang pertandingan menyebabkan dia menangis ketika episod itu dirakam.

    Katanya, dia menyedari roti canai yang dihasilkannya dalam masa singkat itu tidak sempurna.

    MasterChef: Global Gauntlet menampilkan 20 tukang masak amatur yang dibahagikan kepada empat wilayah global, iaitu Eropah, Asia-Pasifik, Afrika dan Amerika.

    Dalam episod World Cup Cookoff, peserta diberi masa 60 minit untuk menyediakan hidangan terbaik bagi acara tontonan bola sepak.

    Hidangan Tan dipilih sebagai juara bagi rantau Asia-Pasifik sebelum menewaskan pemenang dari tiga wilayah lain untuk muncul juara keseluruhan cabaran itu.

    Kemenangan tersebut melayakkannya menerima pin imuniti yang melindunginya daripada penyingkiran pada pusingan seterusnya.

    Dia juga menerima kad hadiah bernilai AS$2,500 daripada peruncit kelengkapan rumah, Home Depot.

    Walaupun berdepan kritikan di media sosial, Tan menegaskan identiti budayanya tetap tidak berubah.

    “Saya mungkin tidak dapat menyebut roti canai dengan betul, tetapi saya boleh membuka durian dengan tangan kosong dan saya rasa itu cukup mencerminkan sifat rakyat Malaysia,” katanya sambil berseloroh.

    “Jaime boleh.”

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah