34 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jika Umno main isu kaum, bagaimana MCA menang di kawasan Melayu?’

    Shopee Sale

    Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail menafikan dakwaan bahawa BN menggunakan sentimen kaum dan politik identiti sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

    Menteri Besar Pahang itu menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai tidak logik serta tidak menggambarkan realiti keputusan PRN tersebut.

    "Saya nafikan dakwaan itu. Jika benar kita memainkan isu perkauman, bagaimana calon MCA boleh menang di kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu?

    "Orang Melayu tetap memberikan sokongan kepada calon MCA. Ini jelas membuktikan kita tidak memainkan isu perkauman sepanjang kempen," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Aspirasi Pahang 1st Himpunan 1,000 Pendekar Silat di Temerloh, Pahang, hari ini.

    Wan Rosdy berkata, keputusan PRN Negeri Sembilan membuktikan pengundi di negeri itu membuat pilihan berdasarkan kewibawaan calon serta kestabilan kerajaan.

    Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari dilaporkan berkata politik identiti dan kempen berbaur perkauman yang mendominasi PRN Negeri Sembilan menjadi antara faktor kekalahan gabungan itu.

    Menurutnya, isu tersebut telah menenggelamkan perbincangan mengenai prestasi pentadbiran serta manifesto yang diketengahkan PH sepanjang kempen.

    "Malangnya, manifesto bukan menjadi perbincangan, bukan menjadi topik perbincangan. Perbincangan lebih kepada sama ada ini Melayu atau bukan Melayu, sama ada anda menyokong DAP atau tidak.

    MENARIK:  Konflik Asia Barat: Kedah akan keluar arahan kawal perbelanjaan - MB

    "Saya rasa kebanyakan daripada anda telah melihat video kempen semalam yang mendakwa PH tidak tahu mengucap kalimah syahadah.

    "Saya fikir inilah cara politik identiti dimainkan di lapangan,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor.

    PRN Negeri Sembilan yang keputusannya diumumkan semalam menyaksikan gabungan BN dan PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    BN muncul sebagai parti terbesar dengan memenangi 18 kerusi DUN, manakala PN memperoleh tujuh kerusi.

    PH pula memenangi baki 11 kerusi, selain menyaksikan dua pemimpin utamanya tewas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun di Linggi dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di Chennah.

    Sementara itu, mengulas mengenai bentuk kerjasama antara BN dan PN di Negeri Sembilan, Wan Rosdy berkata sebarang kerjasama politik antara Umno dan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan dibincangkan pada masa akan datang.

    "Kita belum bincang lagi perkara itu. Sekarang kita selesaikan dahulu urusan di Negeri Sembilan.

    "Selepas itu barulah kita bincang perkara lain. Mungkin selepas itu kita akan melihat pula perkembangan di Melaka," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah