32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izzue Islam Nafi Suka Tayang Kebahagiaan Dalam Media Sosial – ‘Kenangan, Supaya Jangan Gaduh Lama-Lama’

    Shopee Sale

    Sering memuat naik momen romantis bersama isteri di media sosial, pelakon dan pengacara Izzue Islam menegaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan menunjuk kebahagiaan, sebaliknya sekadar merakam kenangan bersama.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Saya Nak Ada Baby & Semoga Semua Orang Bahagia’ – Izzue Islam Kongsi Dua Doa Yang Mahu Terus Dikabulkan

    Artikel Berkaitan: “Bukan Hari Ini Minta, Esok Terus Jadi” – Di Sebalik Senyuman Izzue Islam, Ada Perjalanan Yang Penuh Sabar

    Bahagia cara sendiri

    Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, berkata apa yang dipaparkan di media sosial adalah sebahagian daripada kehidupan mereka sebagai suami isteri dan bukannya sengaja untuk meraih perhatian.

    Bagaimanapun, dia mengakui rumah tangganya bersama Awin Nurin tidak terlepas daripada perselisihan faham seperti kebanyakkan pasangan lain.

    Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pasangan mana yang tak pernah bergaduh? Memang akan ada.

    Cuma, semuanya bergantung kepada cara kita menguruskan rumah tangga. Kalau merajuk, janganlah lama-lama. Kalau bergaduh pun, jangan berpanjangan.

    Apa yang dikongsikan bukan untuk menunjuk, sekadar menyimpan memori. Kalau ada yang melihatnya positif atau boleh dijadikan inspirasi, Alhamdulillah. Kalau ada yang menganggap kami menunjuk-nunjuk pun, itu hak mereka.

    Izzue berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Hotlink Geng Bijak Berbajet (GBB) yang berlangsug di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.

    MENARIK:  Mazleen Masih Terus Kerjaya Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Sudah ‘Dilamar’ Komposer Untuk Buat Lagu

    Mengulas mengenai rahsia mengekalkan keharmonian rumah tangga yang sudah dibina lebih sedekad, Izzue berkata dia dan Awin tidak pernah mengamalkan petua atau formula tertentu.

    Sebaliknya, mereka memilih untuk menghargai setiap momen indah yang dilalui bersama dan menjadikannya sebagai kenangan yang boleh dikenang semula pada masa hadapan.

    Alhamdulillah, kalau tanya saya, memang tak ada petua istimewa. Apa yang kami kongsikan di media sosial memang diri kami yang sebenar.

    Kalau ada momen yang menggembirakan, kami rakam dan muat naik. Ia menjadi kenangan untuk kami lihat semula supaya sentiasa ingat jangan bergaduh lama-lama.

    Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga bersama Awin yang juga merupakan pengurusnya pada 2 Jun 2013 dan sehingga kini pasangan itu sering menjadi perhatian ramai kerana hubungan mereka yang dilihat mesra serta saling menyokong antara satu sama lain.

    The post Izzue Islam Nafi Suka Tayang Kebahagiaan Dalam Media Sosial – ‘Kenangan, Supaya Jangan Gaduh Lama-Lama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah