Pelakon, Ezaidi Aziz berkongsi pengalaman apabila pernah terlepas satu tawaran lakonan gara-gara dirinya dianggap ‘terlalu kacak’ untuk menjayakan watak berkenaan.
Artikel Berkaitan: Ezaidi Aziz Syukur Dikurniakan Wajah Tampan, Tak Terfikir Nak Ubah Ciptaan Tuhan – ‘Untuk Apa Buat Tapi Hati Kotor’
Muka kacak kena reject

Menurut Ezaidi, 32. dia pada ketika itu sudah membuat pelbagai persiapan termasuk mengosongkan jadual serta menghadiri sesi bacaan skrip sebelum akhirnya dimaklumkan tidak terpilih untuk projek tersebut.
Saya pernah dapat satu tawaran yang memang saya sangat-sangat nak. Saya dah kosongkan jadual, hadir script reading dan buat semua persiapan.
Tapi selepas itu saya dimaklumkan saya tidak dipilih kerana dikatakan terlalu kacak untuk watak itu dan bimbang akan menenggelamkan hero utama.
Ezaidi berkata demikian ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk penjagaan kulit lelaki iaitu BAARS yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Ezaidi mengakui sedikit terkilan dengan alasan tersebut kerana berpendapat pemilihan pelakon seharusnya lebih menitikberatkan kemampuan menghidupkan karakter berbanding penampilan fizikal semata-mata.
Malah, dia turut menyifatkan alasan berkenaan agak sukar untuk diterima akal kerana dirinya sendiri mengagumi pelakon yang memegang watak utama tersebut.
Sejujurnya saya rasa alasan itu kurang logik sebab saya sendiri mengidolakan hero tersebut. Bagi saya, dalam lakonan, aura dan kemampuan membawa watak jauh lebih penting daripada rupa.
The post Ezaidi Aziz Pernah Kena ‘Reject’ Berlakon Drama, Produksi Bagi Alasan Muka Lebih Kacak Berbanding Watak Utama first appeared on OHBULAN!.





