32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aisha Retno Terlupa Hari Lahir Gara-Gara Sibuk Buat Persiapan AJL40, Kahwin Masih Dalam Wishlist

    Shopee Sale

    Penyanyi, Aisha Retno tidak mahu memikirkan dahulu soal perkahwinan sebagai keutamaan hidup biarpun sudah memasuki usia 26 tahun, sebaliknya mahu memberikan lebih perhatian kepada perkembangan kerjaya muzik.

    Artikel Berkaitan: AJL40: Aisha Retno ‘Bocor’ Sedikit Arrangement Lagu Tak Adil – ‘Gimik Ini Dah Fikir Dua Tiga Kali’

    Kahwin nanti dulu

    Aisha atau nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, buat masa ini dia masih mempunyai banyak impian yang ingin dicapai termasuk melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa dan aktif di negara jiran.

    Mungkin ada yang kata umur 26 tahun adalah usia yang sesuai untuk berkahwin. Tapi saya masih mahu aktif dalam industri muzik.

    Bukan kata bila dah kahwin tak boleh fokus menyanyi, cuma sekarang ingin fokus kepada kerjaya dahulu. Kalau sudah sampai waktunya, Insya-Allah saya akan melangkah ke arah itu.

    Buat masa ini memang fokus saya adalah kerjaya. Saya juga menanam impian untuk melebarkan sayap bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga ke negara-negara jiran.

    Aisha berkata demikian ketika ditemui pada acara Meet & Greet AJL40 yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

    Tambah pelantun lagu Tak Adil itu, perkahwinan tetap termasuk dalam perancangan hidup, cuma dirinya belum mahu memberikan tumpuan khusus kepada perkara tersebut.

    Buat masa sekarang memang belum terfikir lagi. Tapi bila umur dah 26 tahun, kita kena fikir jauh dan buat perancangan jangka panjang.

    Sudah tentu mendirikan rumah tangga ada dalam senarai impian saya. Bukan saya menolak idea itu, cuma buat masa ini saya belum memberi fokus ke arah tersebut.

    Dalam masa sama, Aisha mengakui kesibukan membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) menyebabkan dia sendiri terlupa mengenai ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada Sabtu lalu.

    Saya lupa ulang tahun kelahiran saya, peminat maklumkan baru saya ingat. Harapan saya, adalah untuk menjadi versi yang lebih baik daripada semalam tanpa meninggalkan versi diri saya yang dahulu.

    Saya hanya mahu memotivasikan diri untuk menjadi seorang yang lebih sabar, tenang dan sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran yang mendatang.

    Ke hadapan, bukan hanya perkara yang baik, tetapi juga pengalaman yang kurang baik akan saya jadikan sebagai pengajaran.

    The post Aisha Retno Terlupa Hari Lahir Gara-Gara Sibuk Buat Persiapan AJL40, Kahwin Masih Dalam Wishlist first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Shuib Kongsi Video Reaksi Pertama Kali Tahu Watie Hamil, Anak-Anak Melompat Kegembiraan – ‘Namanya Bintang Anak Makkah’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah