25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jika Umno ikhlas, lebih ramai Melayu akan kembali sokong – Ku Li

    Shopee Sale

    PAU 2024 | Kemenangan BN pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Nenggiri awal Ogos lalu semata-mata tidak boleh dijadikan kayu ukur sokongan orang Melayu telah kembali kepada parti itu, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

    Namun kata ahli politik veteran itu, ia boleh memberi petunjuk bahawa jika Umno ikhlas, lebih ramai orang Melayu akan kembali menyokong parti berkenaan.

    “Kemenangan di PRK DUN Nenggiri sahaja tidak bermakna Umno akan mendapatkan kembali sokongan orang Melayu, tetapi ia memberi petunjuk bahawa jika kita memenuhi tuntutan mereka melalui tindakan kita, mereka akan menyokong kita.

    “Jika kita membuktikan bahawa kita dengan ikhlas menjalankan kerja dan bukan sekadar bercakap, mungkin ini akan menyebabkan ramai lagi orang Melayu kembali kepada Umno,”katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno 2024 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.

    Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK DUN Nenggiri berkata demikian mengulas pertanyaan media sama ada kemenangan Umno di Nenggiri bermakna sokongan Melayu telah kembali kepada parti itu.

    Sabtu lalu, calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon PN Mohd Rizwadi Ismail (5,739 undi).

    ‘Gelombang hijau cuma cakap-cakap orang PAS’

    Sementara itu, mengulas isitilah ‘gelombang hijau’ yang sering kali dimainkan parti lawan, Tengku Razaleigh menafikan wujudnya fenomena sedemikian.

    MENARIK:  Bekas MB Perlis, Sova diberi ruang selesai pertikaian secara harmoni

    “Gelombang hijau itu orang cakap sahaja, saya tak rasa ada gelombang hijau. Ini cakap-cakap orang PAS barangkali nak mengukuhkan propaganda dia,” katanya.

    Fenomena “Gelombang Hijau” menjadi prominen dalam PRU15 pada 19 November 2022 bila PN menambah kerusi parlimen dari 30 (PAS = 18, Bersatu = 12) kepada 74.

    Dalam pada itu, mengulas PRK DUN Mahkota yang dijadual berlangsung September depan, Tengku Razaleigh berkata dia melihat situasi di kawasan itu amat sangat berbeza dengan Nenggiri.

    Justeru, Umno katanya perlu menggunakan strategi kempen berbeza jika mahu mengekalkan momentum kemenangan BN.

    “Keadaan adalah berbeza kerana hampir 100 peratus pengundi di Nenggiri adalah orang Melayu, dan kita hanya menentang PAS.

    “Di DUN Mahkota, kerusi itu adalah campuran, dan walaupun orang Melayu adalah majoriti, golongan bukan Melayu juga kuat di sana," katanya lagi.

    PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah