25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    JDT, Selangor, Sabah dan Penang dapat lesen AFC

    Shopee Sale

    Sebanyak empat pasukan Liga Super berjaya memperoleh Lesen Pelesenan Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi kitaran 2024-2025, menurut Jawatankuasa First Instance Body (FIB) hari ini.

    Pengerusi FIB Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata kelab yang berjaya mendapatkan lesen berkenaan ialah Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Selangor FC, Sabah FC dan Penang FC.

    Beliau berkata keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat FIB ke-10 yang diadakan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.

    "Enam kelab Liga Super telah memohon Lesen Pelesenan Kelab AFC bagi kitaran 2024-2025 iaitu JDT, Selangor, Sabah, Penang, Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC.

    "Namun, hanya empat kelab sahaja yang berjaya memperoleh lesen berkenaan iaitu JDT, Selangor, Sabah dan Penang, manakala dua lagi -- Terengganu dan Kedah Darul Aman -- tidak berjaya," katanya dalam kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.

    MENARIK:  Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - polis

    Pada masa sama, beliau berharap lebih banyak kelab tampil memohon lesen itu bagi memastikan saingan Liga Super terus kekal kompetitif.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah