25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jasad pendaki dari Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Danali

    Shopee Sale

    Jasad pendaki gunung dari Malaysia, Zulkifli Yusuf yang dilaporkan meninggal dunia di Gunung Denali, Alaska telah selamat di bawa turun dengan bantuan pihak berkuasa tempatan, menurut Kementerian Luar menerusi pengesahan yang diperoleh daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat.

    Kementerian itu (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibezah siasat.

    Ia berkata pihak waris telah membuat keputusan supaya jenazah dibawa pulang ke Malaysia.

    "Konsulat Jeneral Malaysia akan meneruskan bantuan konsular yang sewajarnya agar pengurusan dan penghantaran pulang jenazah dapat berjalan dengan lancar," katanya.

    Sementara itu, Kelab Jelajah Alpine Malaysia menerusi hantaran di Facebook berkata pendaki berkenaan, Zulkifli Yusuf, 37, dilaporkan meninggal dunia pada 6 pagi (waktu tempatan) pada Rabu semasa berlindung di dalam gua salji yang dikenali sebagai 'Football Field'.

    MENARIK:  Mindef arah ATM siasat dakwaan akiviti tak bermoral di kem

    "Punca kematian Zulkifli disyaki akibat 'high altitud cerebral edema' dan hipotermia manakala perkara itu akan disahkan melalui bezah siasat,” menurut kelab itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah