28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan toreh luka lama, PAS pilih move-on lepas krisis Perlis’

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan bahawa partinya memilih untuk ‘move-on’ berikutan krisis politik yang melanda negeri Perlis, baru-baru ini sambil menekankan kepentingan menumpukan perhatian kepada agenda rakyat dan bukannya dendam dalaman.

    Katanya, ‘senjata’ sepatutnya dialihkan kepada musuh PN yang sebenar, manakala perbahasan mengenai sama ada krisis politik yang berlaku di Perlis itu adalah perbuatan khianat atau sebaliknya sudah tidak penting.

    “PAS telah bersikap move-on apabila semua Adun PAS hadir di dalam majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu. Bahkan, PAS turut menyokong kerajaan negeri Perlis yang baharu agar fungsi kerajaan negeri dan khidmat kepada rakyat dapat diteruskan.

    “Itu semua bukti PAS telah move-on walaupun luka masih ada. Usah lagi ditoreh dengan luka yang lain. Jangan ada lagi gunting dalam lipatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

    Semalam, Muhyiddin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bersatu mengkhianati PAS sehingga membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar Mohd Shukri Ramli sebelum ini.

    Sebaliknya, kata Muhyiddin, Bersatu hanya mematuhi keputusan yang dibuat oleh Raja Perlis yang mempunyai kuasa mutlak dan mesti dihormati.

    Justeru, katanya, Bersatu tidak berperananan mensabotaj PAS di Perlis sehingga menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada parti itu kepada Bersatu.

    MENARIK:  ‘Malaysia tak berminat sebelahi Barat dalam soal hubungan dengan Rusia’

    Dalam hantarannya Afnan Hamimi berkata PAS menghormati keputusan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang menerima pendirian Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai pengerusi PN. Menurutnya, keputusan itu mempermudahkan proses peralihan kepimpinan dalam gabungan itu.

    “Selain itu, pendirian Bersatu untuk kekal sebagai rakan dalam PN juga tetap dihormati. Lagipun, bak kata seorang tokoh pujangga yang hebat sehari dua ini, hormat menghormati amalan mulia.,” katanya.

    Kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar itu muncul selepas beberapa ketegangan dalaman timbul antara PAS dan Bersatu berhubung isu pelantikan menteri besar Perlis, sehingga mencetuskan peletakan jawatan Muhyiddin. Isu ini turut menimbulkan spekulasi mengenai kedudukan PAS dalam gabungan tersebut dan kemungkinan usaha untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) antara PAS dan Umno.

    Dengan kenyataan itu, PAS dilihat berusaha mengekalkan imej sebagai parti yang fokus kepada stabiliti kerajaan negeri dan kepentingan rakyat, sambil menepis sebarang percaturan politik dalaman yang boleh mengganggu tumpuan terhadap agenda utama parti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah