27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan salah tafsir, kerajaan tegas banteras rasuah – Nga

    Shopee Sale

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berharap kenyataannya berkaitan dakwaan melibatkan bekas setiausaha politik kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Md Akin tidak disalah tafsir.

    Penjelasan itu dibuat bagi menjelaskan laporan Malaysiakini bertajuk Nga: Shamsul letak jawatan kerana surat sokongan, ‘tidak ambil duit’, yang memetik ucapannya di Kota Kinabalu malam tadi.

    “Apa yang saya tegaskan adalah kerajaan Madani sentiasa komited membanteras rasuah dan tiada kompromi dalam soal ini. 

    “Walaupun hanya menyentuh bab ketidakpatuhan tata-kelola baik, tindakan tegas letak jawatan juga telah diambil.

    “Harap jangan ada yang salah tafsir,” katanya yang memulakan tulisan dengan perkataan “kekhilafan”.

    Shamsul Iskandar Md Akin

    Pagi tadi, Malaysiakini melaporkan ucapan Nga pada majlis makan malam sempena kempen pilihan raya di Kota Kinabalu.

    Nga berkata peletakan jawatan Shamsul Iskandar bukan kerana rasuah, sebaliknya berkaitan surat sokongan yang dikeluarkan tahun lalu.

    "Kita tidak akan berkompromi dalam usaha memerangi rasuah. Sifar toleransi, sifar perlindungan. Hari ini, setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul, mengumumkan peletakan jawatan. 

    “Sebenarnya, dia tidak terlibat rasuah, dia hanya mengeluarkan satu surat sokongan untuk menyokong beberapa kontraktor ini agar mendapat kontrak hospital tersebut.

    "Dia sendiri tidak menerima wang, tetapi dia tidak sepatutnya mengeluarkan surat sokongan itu kerana ia mencampuri keseluruhan proses tender terbuka.

    MENARIK:  Pemuda Amanah memang layak berdialog dengan pasu bunga, kata Afnan

    "Menghadapi keadaan seperti ini, dia juga terpaksa meletak jawatan. Ini membuktikan bahawa perdana menteri dari atas sampai ke bawah, walaupun terhadap orang sendiri, tetap tegas melawan rasuah, betul atau tidak?" katanya.

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, semalam memetik "sumber yang boleh dipercayai" mendakwa ahli perniagaan Albert Tei mengadu kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mendedahkan dalang yang dikatakan mengarahkan Tei merakam video yang mengaitkan ahli politik Sabah dalam skandal lesen perlombongan.

    Albert kemudian mendedahkan kepada Malaysiakini bahawa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul selepas diyakinkan boleh mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli politik di Sabah.

    Shamsul meletakkan jawatan tidak lama selepas Malaysiakini meminta komennya berkaitan dakwaan itu tetapi mendakwa terdapat percubaan menyerangnya untuk merosakkan imej kerajaan.

    Malam tadi, ketika Nga sedang berucap, halaman Facebook "Pejuang Tun Dr Mahathir" memuat naik satu video yang memaparkan Tei  berbual dengan seorang wanita yang wajahnya dikaburkan. 

    Wanita itu bersetuju dengan kenyataan Albert bahawa perdana menteri meluluskan permintaan Albert untuk secara rahsia merakam klip video berkaitan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sabah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah