31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu tunggakan pencen: Putrajaya menang rayuan, tak perlu bayar RM1.7 bilion

    Shopee Sale

    Kerajaan hari ini berjaya dalam rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar tunggakan pencen berjumlah RM1.7 bilion kepada 531,976 pesara berdasarkan gaji terakhir mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016.

    Keputusan berkenaan dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Lim Chong Fong, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, dalam permohonan semakan kehakiman difailkan Aminah Ahmad, yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar.

    MENARIK:  Kabinet bincang nasib anak asuhan GISBH minggu depan

    Dalam keputusan sebulat suara itu, Azhahari berkata isu pelarasan pencen telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini pada 2022 berhubung tindakan undang-undang pertama Aminah (saman pemula (OS) pada 2017.

    Berikutan keputusan hari ini, kerajaan tidak lagi perlu membayar jumlah tersebut kepada pesara berkenaan.

    Aminah, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 12 Jan 2024, atas kapasiti beliau sendiri dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah