28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tentera Israel, peneroka haram makin ganas di Tebing Barat

    Shopee Sale

    Orang awam Palestin di beberapa kawasan Tebing Barat yang diduduki cedera, ditahan dan diserang oleh tentera pendudukan serta peneroka haram Israel, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) memetik Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).

    PRCS berkata kejadian itu adalah sebahagian daripada langkah sistematik yang menambah penderitaan rakyat Palestin melalui sekatan yang ketat dan kawalan berterusan terhadap kehidupan harian mereka.

    PRCS melaporkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun cedera selepas dilanggar kenderaan tentera Israel di bandar Jericho dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

    Di Beitunia, barat Ramallah, tentera pendudukan Israel menahan tiga rakyat Palestin dalam satu serbuan, menurut sumber keselamatan Palestin.

    Gambar fail, peneroka haram Israel di Tebing Barat, Palestin.

    Sumber sama menambah bahawa peneroka haram Israel turut menyerang dengan kejam seorang lagi kanak-kanak di kawasan Ein Jariot berhampiran Beitunia sehingga dia tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital.

    MENARIK:  Kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid

    Sementara itu, di Baitulmuqaddis yang diduduki, tentera pendudukan Israel menyerbu bandar Kafr Aqab di utara bandar itu dan melepaskan gas pemedih mata. Tiada kecederaan dilaporkan, menurut sumber tempatan.

    Tebing Barat terus menyaksikan ketegangan yang semakin meningkat berikutan perluasan penempatan haram Israel dan tindakan ketenteraan Israel.

    Keadaan semakin meruncing sejak tentera Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Oktober 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah