27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu 3R: Polis serah kertas siasatan aktivis kepada AGC esok

    Shopee Sale

    Polis akan menyerahkan kertas siasatan membabitkan seorang aktivis yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), esok.

    “Rakaman percakapan sudah diambil. Kertas siasatan akan dihantar ke Pejabat AGC esok untuk arahan selanjutnya,” katanya secara ringkas ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

    Khamis lepas, media melaporkan bahawa polis membuka kertas siasatan terhadap aktivis berkenaan selepas dia disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan di Batu Kawan, Pulau Pinang, pada Rabu berhubung video yang tersebar di aplikasi WhatsApp, memaparkan kenyataan aktivis tersebut yang didakwa berunsur hasutan serta menyentuh isu agama, kaum, dan institusi diraja (3R), selain turut melibatkan pihak keselamatan dan Perdana Menteri.

    MENARIK:  Lepas runding tarif naik, MP sindir menteri joging depan Rumah Putih

    Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Sebelum ini, tular video berdurasi sembilan minit di laman sosial aktivis terbabit didakwa membuat kenyataan jelik terhadap seorang pendakwah bebas selain mempersoalkan tindakan polis selepas pendakwah itu dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina agama lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah