27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Israel serang Tehran, beberapa bandar lain di seluruh Iran

    Shopee Sale

    GLOBAL l Israel melancarkan serangan udara di ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain di seluruh negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

    Serangan berlaku awal pagi Jumaat, dengan imej dan rakaman tidak disahkan mula tersebar di media sosial memaparkan langit Tehran diselubungi asap tebal dari beberapa lokasi.

    Beberapa gambar menunjukkan kerosakan pada bangunan kediaman di pelbagai kawasan di ibu negara.

    Menurut saksi dan wartawan televisyen kerajaan, antara mangsa yang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.

    Dalam beberapa hari kebelakangan ini, laporan dari media Amerika Syarikat dan Israel menyebut tentang kemungkinan serangan ke atas Iran.

    Susulan itu, pegawai tinggi Iran memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif terhadap wilayahnya akan mengundang akibat yang dahsyat.

    MENARIK:  Armada Tentera Laut Rusia berlabuh di Pulau Pinang hingga 17 Okt

    Amerika Syarikat sebelum itu memulakan pemindahan kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka dari rantau itu, susulan maklumat risikan yang menunjukkan Israel merancang untuk menyerang kemudahan nuklear Iran.

    Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Setiausaha Negara AS Marco Rubio menegaskan bahawa tindakan Israel terhadap Iran adalah secara “sepihak” dan Amerika Syarikat tidak terlibat dalam operasi itu.

    Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami dilaporkan terbunuh dalam satu serangan.

    Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di loji nuklear Natanz, yang terletak di wilayah Bushehr.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah