31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ismail Sabri tak sedarkan diri, dikejarkan ke hospital

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, 65, dikejarkan ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri awal pagi tadi.

    Saluran berita 8TV memetik setiausaha akhbar Ismail yang tidak dinamakan yang berkongsi perkara itu.

    "Dengan perasan sedih saya ingin berikan makluman semua rakan rakan seperjuangan. YB DSIS (Ismail Sabri) telah dikejarkan ke Hospital Sunway Medical Centre Kota Damansara pada jam 2.30 pagi tadi.

    MENARIK:  Gerakan sukar tawan P Pinang kerana pengundi Cina sokong DAP - MIPP

    "Dato Sri pengsan dan tidak sedarkan diri pagi tadi. Saya mohon doa semua agar YB DSIS diberi kesembuhan oleh Allah SWT, insyAllah," katanya.

    Seorang pembantu Ismail mengesahkan laporan itu kepada Malaysiakini tetapi berkata mereka tidak mempunyai maklumat lanjut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah