25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kate Middleton jalani rawatan kanser

    Shopee Sale

    Puteri Wales Kate Middleton pada Jumaat mengumumkan bahawa dia sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser.

    Dalam mesej video yang dirakam di Windsor oleh BBC, Kate mendedahkan dia didiagnos menghidap kanser selepas menjalani pembezahan abdomen pada Januari, lapor Agensi Anadolu (AA).

    “Berita ini sangat mengejutkan, William dan saya telah melakukan segala yang kami mampu untuk menguruskannya secara peribadi demi keluarga kami," katanya.

    Selepas berminggu-minggu spekulasi mengenai kesihatannya, puteri itu menyatakan bahawa dia dan suaminya, Putera William, memerlukan masa untuk menjelaskan keadaan kepada anak-anak mereka.

    "Puteri Wales mendapat kasih sayang dan sokongan seluruh negara ketika menjalani pemulihannya," kata Perdana Menteri Britain Rishi Sunak.

    MENARIK:  'Bapa Rahmah', Salahuddin terus diingati lepas setahun pemergian

    Puteri berusia 42 tahun itu dimasukkan ke Klinik London pada 16 Jan untuk pembezahan abdomen.

    Pada awal Januari, Istana Kensington mengumumkan bahawa Puteri Wales akan berada di hospital selama 14 hari selepas menjalani pembezahan abdomen yang dirancang.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah