26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Inspektor didakwa halang tugas pegawai, keluar kata kesat

    Shopee Sale

    Seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menghalang tugas dan mengeluarkan kata kesat kepada pegawai kanan tiga hari lepas.

    K Gopi, 34, didakwa menghalang tugas ASP Khairil Azuad Abd Azis dengan enggan memberikan keterangan membabitkan satu laporan polis yang diarahkan pegawai kanan polis terbabit di Pejabat Bahagian D6, Tingkat 3, Menara 2 Bukit Aman, Dang Wangi pada 12.10 tengah hari 5 Mei lalu.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Tertuduh juga didakwa mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan terhadap pegawai ASP terbabit pada tempat, masa dan tarikh serupa.

    Untuk itu dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Jangan naikkan harga ikan masa tengkujuh, bekalan cukup, kata LKIM

    Timbalan pendakwa raya Sareeka Balakrishnan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh namun peguam bela, K Shunmugam, memohon jaminan diberikan atas alasan anak guamnya mempunyai masalah kesihatan iaitu sakit leher yang memerlukan rawatan perubatan selain mempunyai tanggungan keluarga.

    Majistret S Mageswary membenarkan Gopi diikat jamin RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan kes.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah