27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Influenza: 34 MRSM laksana PdPR – pengerusi Mara

    Shopee Sale

    Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengarahkan 34 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan penularan jangkitan influenza dalam kalangan pelajar.

    Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata langkah itu diambil selepas MRSM berkenaan mencatat lebih 60 pelajar bergejala influenza.

    “Saya dan Pengurusan Mara terpaksa mengambil keputusan drastik tanpa menunggu Pejabat Kesihatan Daerah mengisytiharkan penutupan MRSM. Pengurusan MRSM yang mencatatkan lebih 50 pelajar bergejala dibenarkan mengadakan PdPR bagi memutuskan rantaian penularan virus influenza.

    “Setakat ini, 34 MRSM telah mengadakan PdPR, membenarkan pelajar pulang ke rumah dan proses sanitasi dilakukan di semua MRSM terlibat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

    MENARIK:  TCO terhadap saya bukan biasa, perlu dapat pelepasan SB - Samsuri

    Asyraf Wajdi turut mendoakan agar semua pelajar kembali pulih dan penularan virus itu dapat dikekang serta rantaian penularannya diputuskan.

    Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 97 kluster jangkitan influenza A dan B dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 40/2025, berbanding 14 kluster minggu sebelumnya, dengan majoriti melibatkan institusi pendidikan.

    Menurut KKM, semua negeri mencatatkan peningkatan, dengan lima negeri tertinggi ialah Selangor (43 kluster), Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Pulau Pinang (10), Johor (9), dan Kedah (5), dengan kebanyakan kes menunjukkan simptom ringan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah