26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dilarang guna ‘gajet’, kanak-kanak cuba terjun bangunan

    Shopee Sale

    Dipercayai tertekan kerana dilarang menggunakan 'gajet' atau perananti komunikasi, seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dipercayai cuba terjun dari bangunan dua tingkat sebuah pusat tahfiz dekat Kampar di Ipoh, hari ini.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

    “Kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.30 pagi dan setiba di lokasi kejadian kanak-kanak tersebut masih berada di atas bumbung sebuah bangunan dua tingkat setinggi kira-kira empat meter dalam keadaan berdiam diri.

    “Anggota kami berjaya memujuk dan membawa turun kanak-kanak itu. Difahamkan, kanak-kanak itu ingin pulang ke rumahnya di Kampung Batu Putih, Kampar disebabkan peraturan di pusat itu yang tidak membenarkan 'gajet' dibawa ke situ,” katanya.

    MENARIK:  Fitnah: Rafidah Ibrahim diberi 7 hari bayar saman RM281,200

    Beliau berkata kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa pulang oleh keluarganya ke kediaman mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah