25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Imigresen Sabah hantar pulang 232 pendatang tanpa izin

    Shopee Sale

    Jabatan Imigresen Malaysia menghantar pulang 232 pendatang tanpa izin Indonesia termasuk kanak-kanak ke negara asal melalui jalan laut di Tawau ke Terminal Tunon Taka, Indonesia, semalam.

    Pengarah Imigresen Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata ia membabitkan 123 lelaki, 72 wanita dan 37 kanak-kanak berumur antara dua bulan hingga 69 tahun.

    Beliau berkata kesemua mereka sebelum ini ditahan di Depot Imigresen di Kota Kinabalu, Papar serta Sandakan.

    "Program pemindahan tahanan pendatang tanpa izin bagi siri kelapan melalui laut dilaksana dengan kerjasama Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu dan proses pemindahan menggunakan dua feri ekspres," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

    MENARIK:  Pemberi maklumat Sabah: Saya tak boleh bernafas, jadi saya lawan

    Menurutnya operasi pemindahan berkenaan dilaksanakan mengikut proses perundangan negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal tahanan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah