34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu bergelut hidup lepas anak dibunuh, suami ditahan

    Shopee Sale

    Diselubungi kesedihan dan trauma, ibu kepada A Tishant, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dibunuh dengan kejam selepas dilaporkan hilang, cuba bunuh diri.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Khairin Nisa Ismail mengesahkan perkembangan menyayat hati itu.

    “Ya, semalam kita telah menghantar pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa, tetapi mereka menolak bantuan itu.

    "Kami juga dimaklumkan bahawa ibu Tishant telah cuba membunuh dirinya sendiri dan dihantar ke hospital untuk rawatan," katanya kepada The Star.

    Khairin Nisa berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan perubatan hospital sebelum menghulurkan bantuan psikologi dan lain-lain kepada keluarga itu.

    Kes itu, yang mengejutkan negara, lebih menyedihkan apabila bapa Tishant berusia 36 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

    Tishant dilaporkan hilang pada 24 Julai di Iskandar Puteri, Johor. Bapanya mendakwa anaknya hilang berhampiran kedai kopi di Taman Bukit Indah - tetapi naratif itu cepat terbongkar.

    Kanak-kanak lelaki itu kemudian ditemui mati pada 28 Julai dalam keadaan dijerut dengan pengikat kabel. Mayatnya ditemui di Rompin, Jempol di Negeri Sembilan.

    MENARIK:  Pengerusi baru PN: PAS mewarisi organisasi retak, rosak - Amanah

    Semalam, New Straits Times memetik seorang lelaki yang mendakwa sebagai datuk kepada Tishant berkata bahawa ibu si mati tidak makan dan menangis berterusan sejak hari dia hilang.

    Lelaki itu ditemui ketika dia menemani ibu Tishant untuk menuntut mayat kanak-kanak itu dari hospital.

    "Kami sering berasa sedih apabila mendengar tentang kanak-kanak didera. Tetapi kali ini, ia berlaku kepada kami. Saya tidak boleh tidur. Setiap kali saya menutup mata, saya melihat wajah Tishant. Kami sangat rapat. Dia biasa memanggil saya 'datuk'," katanya.

    Pengebumian Tishant berlangsung hari ini.

    Jika anda berasa tertekan atau ada kecenderungan bunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan itu, sila hubungi talian hotline berikut:

    Talian Kasih
    Talian utama: 15999

    The Befrienders
    Talian
    utama: 03-76272929

    Pusat Kaunseling Agape Malaysia
    Talian utama: 03-77855955 atau 03-77810800

    Persatuan Talian Hidup Malaysia
    Talian
    utama: 03-42657995

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah