28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu, anak 4 tahun ditemui mati

    Shopee Sale

    Seorang wanita berusia 30 tahun dan anak perempuan empat tahunnya ditemui mati di rumah mereka di Taman Perak, Kulim.

    Anak lelakinya yang berumur tujuh tahun bagaimanapun ditemui hidup dengan kecederaan di pipi dan rahang, kata polis.

    Ketua Polis Daerah (OCPD) Kulim Supt Zulkifli Azizan berkata berdasarkan siasatan dan kenyataan anak lelakinya, polis percaya wanita itu cuba membunuh kedua-dua anak sebelum membunuh diri.

    "Kami percaya dia kecewa kerana teman lelakinya curang," kata Zulkifli seperti dilaporkan The Star.

    Kedua-dua mayat ditemui dalam bilik sama.

    Polis juga menemui dua nota yang dipercayai ditulis oleh suspek.

    Zulkifli berkata mereka menemui mayat ibu dan anaknya susulan makluman jiran kira-kira jam 11 malam tadi.

    MENARIK:  Tumbuk warga asing di KLIA: Kakitangan AeroDarat digantung tugas

    Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bezah siasat.

    Kes disiasat bawah Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh dan cubaan membunuh.


    Nota bantuan

    Bunuh diri fenomena rumit dengan pelbagai faktor penyumbang namun ia boleh dicegah dan masih ada sinar pemulihan. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang bergelut dengan kesukaran itu, anda tidak keseorangan — sila dapatkan bantuan melalui saluran berikut:

    Talian Kasih Hotline: 15999 (Telefon) / +6019 26 15999 (WhatsApp)

    Talian Heal Kementerian Kesihatan: 15555 (8 pagi – 12 tengah malam setiap hari)

    The Befrienders Hotline: 03-76272929

    Agape Counselling Centre Malaysia Hotline: 03-77855955 atau 03-77810800

    Life Line Association Malaysia Hotline: 03-42657995

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah