25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hayat PAS akan jauh lebih lama berbanding Umno – Fadhli Shaari

    Shopee Sale

    PAS yakin hayat politik parti mereka akan jauh lebih lama daripada Umno.

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari membuat penegasan itu sebagai respons kepada hasrat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk melihat PAS terbubar sendiri.

    "Saya tidak mendoakan Umno bubar — kerana Umno masih punya perananan dan juga kekuatannya yang tersendiri, ada sumbangan yang masih diperlukan daripada Umno.

    "Tetapi jika dibandingkan dengan PAS, saya kira dan amat yakin hayat politik PAS jauh lebih lama daripada Umno, insya-Allah," kata Fadhli dalam catatan Facebook.

    Zahid dalam ucapan di acara berkaitan Umno semalam berkata PAS harus dibubarkan kerana Umno telah memasukkan klausa untuk menegakkan Islam dalam perlembagaan partinya.

    Menurut Bernama, timbalan perdana menteri menganggap kenyataan bekas ketua mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat - bahawa parti Islam itu akan dibubarkan jika Umno meletakkan Islam sebagai asas perlembagaannya - sebagai wasiat terakhir.

    MENARIK:  Trump umum potongan tarif lepas India setuju henti beli minyak Rusia

    "Apabila allahyarham Nik Aziz menyebut Umno jika satu ketika nanti meletakkan asas Islam dalam perlembagaannya, dalam Perlembagaan Umno, PAS akan dibubarkan.

    "Saya anggap itu sebagai wasiat. Apabila saya mengambil alih kepimpinan Umno, perkara utama saya lakukan adalah meletakkan soal Islam dalam Perlembagaan Umno.

    "Tapi PAS belum terbubar lagilah, saya harap akan terbubar dengar sendirinya," kata Zahid.

    Dalam catatan Facebook Fadhli, pemimpin PAS itu juga megkritik Umno yang menurutnya boleh menukar dasar pada bila-bila masa.

    Justeru, kata Fadhli, adalah mustahak untuk PAS untuk terus kekal berdiri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah