34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hassan Marican dilantik pengerusi pasukan petugas pengurusan krisis MTEN

    Shopee Sale

    Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaraskan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.

    Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Hassan, yang juga Ketua Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan akan berperananan meneliti tindakan yang perlu diambil setiap hari, selain mengumpulkan maklum balas berkaitan isu Asia Barat.

    “PPPK ini pula mempunyai sekretariat yang dipengerusikan oleh Penasihat Kanan bagi Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hassan.

    “Dua struktur ini akan membantu MTEN yang sekarang bersidang setiap minggu untuk menyelaraskan maklumat secara harian,” katanya.

    Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman berkaitan kerjasama mengekang aktiviti penipuan (scam), antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), di Kuala Lumpur, hari ini.

    MENARIK:  Fahmi 'kasihan' Mahathir ulas isu kemerdekaan

    Fahmi turut menjelaskan bahawa tugas pasukan dipimpin Hassan tidak bertindih dengan jawatankuasa khas dipengerusikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang berperananan meneliti perkembangan ekonomi semasa susulan konflik tersebut.

    “Apa yang penting usaha kita ialah pertama secara keseluruhannya mengenai bekalan, bukan sahaja bahan api, bahan bakar, tenaga bagi negara kita kekal terjamin untuk bulan-bulan yang akan datang, tapi juga bekalan makanan.

    “Pada masa yang sama (juga) untuk memastikan harga barang terkawal dan aktiviti menyeludup atau menyeleweng bahan api, bahan makanan, dapat dikekang,” katanya.

    Sejak 28 Feb lepas, Israel dan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan operasi ketenteraan terhadap Iran yang mengakibatkan ribuan nyawa telah terkorban.

    Tehran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta pangkalan AS di beberapa negara Arab.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah