26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tertinggi baru

    Shopee Sale

    Harga emas mencatat paras tertinggi baharu pada Isnin, apabila satu auns mencecah US$3,405.19 susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global yang mendorong peningkatan permintaan terhadap “aset pelaburan selamat”.

    Menurut Anadolu Ajansi, harga emas ketika ini berada pada sekitar US$3,404.40 setakat pukul 1200GMT, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

    Kenaikan lebih 2.3 peratus pada harga emas pada Isnin itu dipacu oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan konflik perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia terus memuncak.

    Kecenderungan bank pusat untuk menurunkan kadar faedah turut menyumbang kepada peningkatan harga emas, selepas Bank Pusat Eropah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu.

    MENARIK:  Percanggahan undang-undang punca 6 MP kekalkan kerusi

    Lonjakan harga emas semakin ketara selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif “timbal balik” terhadap lebih 180 negara pada 2 April.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah