29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hamzah manfaatkan hubungan erat dengan PAS hadapi lawan

    Shopee Sale

    Ketika sesetengah pihak mempersendakan keberadaan kumpulan Hamzah Zainudin, bekas ketua pembangkang itu bahkan menjelaskan langkah yang bakal diambil bagi menghadapi dua pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

    Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu berkata, “teras utama” dia dan kumpulannya ialah kerjasama yang utuh bersama PAS untuk bergerak di Johor dan Negeri Sembilan.

    Keyakinan itu dizahirkan Hamzah ketika dia belum lagi mempunyai parti baru serta berteka-teki dengan langkah lanjutnya selepas dipecat Bersatu.

    Dipetik BH Online hari ini, Hamzah berkata perbincangan sedang berlangsung di antara pihaknya dengan PAS dan menjurus kepada usaha membina masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara.

    "Buat masa kini hubungan erat yang terjalin dengan PAS akan dimanfaatkan untuk merangka pendekatan politik yang mampu menjamin kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri itu.

    "(Kami) sedang membincangkan soal masa depan dan masa depan itu bukan bermakna untuk parti saya semata-mata, di mana kita ada sahabat seperti PAS yang juga mahu membantu menentukan masa depan rakyat Johor.

    "Kita mahu memastikan segala pembangunan dan agenda masa depan itu dapat dijayakan dengan begitu baik sekali," katanya.

    Kenyataan Hamzah itu muncul ketika hubungan di antara PAS dan Bersatu terus dilatari konflik terbuka dengan kedua-dua pihak saling menyerang antara satu sama lain, sama ada secara berkias atau langsung.

    Tentang habis-habisan

    MENARIK:  Amaran hujan berterusan di Sabah, Kelantan dan Terengganu

    Ketegangan hubungan itu menjadi terbuka selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, baru-baru ini mengecam Bersatu atas pelbagai isu termasuk pertukaran jawatan Menteri Besar Perlis, jumlah calon yang diletakkan dalam pilihan raya serta keberadaan jentera masing-masing.

    Abdul Hadi juga membangkitkan isu keengganan Bersatu menerima parti baru sebagai salah satu komponen PN.

    PAS dijadualkan mengadakan perbincangan di peringkat jawatankuasa pusat parti itu untuk menentukan status kerjasama mereka dengan Bersatu pada Isnin ini.

    Pada masa sama PAS menawarkan kerjasama – sekali lagi – dengan Umno melalui gagasan Muafakat Nasional 2.0.

    Perkembangan itu berlaku ketika parti-parti politik menyusun gerak bagi menyertai PRN Johor dan Negeri Sembilan.

    Mengulas lanjut Hamzah berkata, pihaknya bersama PAS akan terus mempertahankan kepentingan rakyat dan menentang pihak yang dilihat boleh menjejaskan kestabilan serta kedudukan dua negeri tersebut.

    Johor dan Negeri Sembilan, jelasnya, memerlukan kerajaan yang stabil dan berwibawa bagi memastikan segala peranancangan pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan politik yang merugikan rakyat.

    "Bersama PAS, kita akan duduk berbincang. Kalau ada kumpulan-kumpulan yang boleh merosakkan kedudukan Johor itu sendiri, kita akan tentang habis-habisan," katanya.

    Hamzah turut membidas pihak yang mempertikaikan tempoh masa diambil untuk pengumuman parti barunya.

    "Orang yang bertanya itu bukan hendak menyertai saya. Orang yang mahu bersama saya sudah mendapat jawapan dan mereka tahu bila masanya," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah