26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hamzah Ahmad ketua polis P Pinang baru

    Shopee Sale

    Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu hari ini.

    Beliau mengantikan Datuk Khaw Kok Chin yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 25 Mac lepas.

    Majlis Serah Terima Tugas itu dilaksanakan di Dewan Mutiara di Ibu pejabat Kontijen Pulau Pinang di sini disaksikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain.

    Razarudin dalam ucapannya berkata pelantikan itu dibuat setelah mempertimbangkan kredibiliti dan daya kepimpinan yang dimiliki oleh Hamzah untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

    MENARIK:  KJ selar 'profesor penakut' punca sejarah Malaysia diputarbelit

    Sementara itu Khaw dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga PDRM Kontinjen Pulau Pinang di atas segala kerjasama, kesungguhan, inisiatif dan komitmen yang diberikan sepanjang beliau diamanahkan sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah