34 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hampir 100 warga asing ditahan di premis hiburan Kuantan

    Shopee Sale

    Seramai 99 warga asing termasuk 85 wanita ditahan menerusi enam serbuan di premis hiburan di Kuantan awal pagi tadi.

    Pengarah Jabatan Imigresen Pahang Nursafariza Ihsan berkata kesemua mereka diberkas selepas pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 369 individu dalam operasi yang bermula pada jam 1 pagi itu.

    Katanya mereka yang ditahan itu berusia antara 25 tahun hingga 40-an dan membabitkan warga Thailand, Laos, Bangladesh, Yaman, serta China.

    Menurut Nursafariza, kebanyakan wanita warga asing terbabit bekerja sebagai gadis hamba pelanggan (GRO) yang ditempah menerusi pelbagai platform, termasuk aplikasi WeChat.

    MENARIK:  PM New Zealand tiba di Malaysia

    “Mereka yang ditahan ini disyaki menyalahgunakan permit kerana selepas pemeriksaan kami mendapati kebanyakannya pemegang permit di sektor pembinaan dan pembersihan, selain ada juga hanya memiliki pas lawatan sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Dia menambah, semua warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Kemayan di Bera untuk siasatan lanjut. Antaranya mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah