35.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar ucap takziah atas pemergian Eusoff Chin

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin yang meninggal dunia pagi ini.

    Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata Allahyarham telah mencurahkan khidmat yang besar kepada negara khususnya dalam memperkukuh institusi kehakiman sepanjang perjalanan kerjayanya.

    "Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang.

    “Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

    MENARIK:  LFL selar k'jaan tetap tutup pintu UiTM untuk bukan bumiputera

    Anwar turut mengakhiri hantaran itu dengan bacaan al-Fatihah sebagai tanda penghormatan kepada Mohamed Eusoff.

    Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di Kuala Lumpur.

    Mohamed Eusoff telah berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kedua Malaysia dari September 1994 hingga Disember 2000 dan meninggal dunia pada usia 91 tahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah