32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Halim Tamuri tenang, berintegriti dan berakhlak untuk pimpin PN Selangor’

    Shopee Sale

    Pemuda PAS Selangor mencadangkan pesuruhjaya negeri, Ab Halim Tamuri menggantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi PN Selangor berdasarkan kewibawaan, integriti dan pengalaman politiknya.

    Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, cadangan itu bukan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi penilaian rasional terhadap tokoh akademik dan pemimpin masyarakat itu.

    “Dr Ab Halim Tamuri dikenali sebagai seorang tokoh ilmuwan yang memiliki latar belakang akademik yang kukuh serta perjalanan hidup yang dibina atas asas ilmu, akhlak dan nilai nilai Islam.

    "Sebagai seorang profesor dalam bidang pendidikan Islam, beliau bukan sahaja membawa kekuatan pemikiran yang mendalam, bahkan menampilkan watak kepimpinan yang sederhana, berprinsip dan berintegriti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

    Semalam Mohamed Sukri dalam satu sidang media berkata Ab Halim merupakan figura terbaik untuk memimpin PN di Selangor bagi menggantikan Azmin

    Ini selepas Azmin mengumumkan peletakan jawatan sebagai setiausaha agung dan pengerusi PN Selangor pada 30 Dis lalu berikutan pengunduran Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi gabungan.

    MENARIK:  Caj PPUM naik: Sangat membebankan, kata pesakit kronik

    Mengulas lanjut, Mohamed Sukri berkata dalam dunia politik yang kerap diuji pelbagai cabaran dan persepsi, kepimpinan berteraskan akhlak, kejujuran serta kesederhanaan merupakan suatu nilai yang sangat berharga.

    Halim Tamuri, katanya, menampilkan ciri kepimpinan sedemikian, iaitu seorang pemimpin yang tidak tenggelam dalam retorik, tetapi bergerak dengan kebijaksanaan, ketenangan dan kewibawaan.

    “Pengalaman beliau sebagai pemimpin PAS Selangor serta perananan sebagai Adun memberikan beliau kefahaman yang mendalam terhadap realiti politik dan masyarakat di negeri ini.

    "Selangor memerlukan seorang pemimpin yang mampu menyatukan kekuatan pelbagai pihak dalam Perikatan Nasional dengan pendekatan yang matang dan berhemah,” tambahnya.

    Dia turut menekankan bahawa kepimpinan masa depan Selangor perlu digerakkan oleh tokoh yang membawa imej bersih, berintegriti dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

    “Kami yakin dengan kepimpinan beliau yang tenang, berintegriti dan berakhlak, Perikatan Nasional Selangor akan dapat diperkukuhkan sebagai sebuah gabungan politik yang lebih tersusun, berprinsip dan diyakini rakyat,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah