24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hala tuju M'sia dalam BRICS antara tumpuan hari ini

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Isu berkaitan dasar dan hala tuju Malaysia susulan hasrat untuk menyertai organisasi BRICS dan bagaimana penyertaannya membantu perkembangan ekonomi negara antara yang akan dibincangkan pada sesi Dewan Rakyat hari ini.

    Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi parlimen, soalan itu dikemukakan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) kepada perdana menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

    Pada sesi sama juga, Awang Hashim (PN-Pendang) meminta perdana menteri menyatakan fokus kerajaan dalam usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti pentadbiran perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.

    Ahli Parlimen PAS itu juga ingin tahu tentang pelaksanaan reformasi institusi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat berfungsi secara adil, telus dan bebas daripada campur tangan pihak eksekutif.

    Sementara itu pada sesi soal jawab, Richard Riot (GPS-Serian) meminta menteri dalam negeri menyatakan langkah untuk memperketat keselamatan balai polis susulan insiden di Ulu Tiram, Johor pada Mei lepas.

    Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) pula mengajukan soalan kepada menteri peralihan tenaga dan transformasi air berhubung peruntukan kepada jabatan pengairan dan saliran negeri bagi mengatasi masalah ketiadaan saliran dan longkang terancang untuk mengelakkan banjir kilat akibat hujan berpanjangan.

    Selain itu, Chong Chieng Jen (PH-Stampin) meminta menteri kewangan menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk meminda undang-undang supaya pihak bank dipertanggungjawabkan menanggung sebahagian atau kesemua kerugian mangsa jenayah penipuan yang kerap kali berlaku.

    MENARIK:  Konvensyen Khas Pemuda Umno: Jaga sensitiviti, elak polemik - Kamil

    Persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan bacaan kali pertama sembilan rang undang-undang (RUU) iaitu RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024, RUU Keterangan (Pindaan) 2024, RUU Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 serta RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (Pindaan) 2024.

    Turut dibentangkan ialah RUU Angkatan Tentera (Pindaan) 2024, RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2024, RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 dan RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024.

    Usai sesi itu, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024, yang antara lain bagi meluaskan skop rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan.

    Turut tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini adalah sesi kamar khas yang menyentuh perihal mengimbangi kebebasan dan sekatan bersuara melalui pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah