24.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hadi jelaskan alasan tolak MoU dengan dua rangkap pantun

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS l Presiden PAS Abdul Hadi Awang hariini menjelaskan parti itu menolak tawaran Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Madani kerana ia tidak mengikut sifat tabii sebenar mengikut amalan demokrasi yang menepati ajaran Islam.

    Semasa ucapan penggulungannya pada Muktamar PAS ke-70 di Kerdau, Temerloh, hari ini, katanya Islam mewajibkan berlaku adil dan tidak berbohong apabila mengadakan perjanjian.

    “Kita meminta dengan cara damai dan baik berkonsepkan  federalisme, amalan demokrasi sebenar yang adil dan tidak berlaku zalim, tidak berbohong dan tidak mengkhianati perjanjian dengan semangat cintakan negara berkonsep perpaduan yang sebenar walaupun berbeza ideologi dan agama,” katanya.

    Dia seterusnya menyenaraikan apa yang dikatakannya sebagai tidak adil dan berbohong yang dilakukan kerajaan hari ini semasa mengadakan perjanjian.

    “Kerajaan negeri Terengganu dibatalkan perjanjian royaltinya, manakala kerajaan Kelantan pula dinasakhkan perjanjian royaltinya. 

    “Adapun Kedah dan Perlis hanya ada minyak gamatnya sahaja,” katanya.

    MENARIK:  Polis keluarkan lakaran suspek simbah asid Faisal Halim

    Menurut Abdul Hadi, kerajaan pusat sepatutnya menguji kemampuan empat kerajaan negeri dengan memberi peluang kepada masing-masing untuk mengurus dan mentadbir sendiri.

    Dia kemudian mengakhiri alasan penolakkannya itu dengan dua rangkap pantun.

    “Kita ke Sabah melawat Papar,

    Singgah minum air tebu,

    Kita sabar menahan lapar,

    Bukan marahkan nyamuk membakar kelambu. 

    “Selepas minum ikan dibakar,

    Bila masak kita makan,

    Teguh Malaysia tidak dibakar,

    Tanah air ini tetap dicintakan.” 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah