30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Had pembelian beras tempatan kini lima kampit

    Shopee Sale

    Kerajaan meningkatkan had pembelian Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi daripada dua kampit kepada lima kampit bagi setiap transaksi bagi menggalakkan pengguna membeli beras tempatan dan mengelakkan lambakan stok di pasaran.

    Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat 5 Mei lepas, lebih empat juta kampit BPT bersubsidi telah diagihkan ke seluruh negara namun sambutan daripada pengguna masih belum memuaskan.

    “Inilah cabaran yang kita hadapi hari ini apabila sesuatu yang baik ditawarkan belum tentu diterima. Realitinya, pengguna Malaysia masih cenderung memilih beras berdasarkan jenama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    Bagi mengubah corak pengundian beras dalam kalangan pengguna, Mohamad mengumumkan pelancaran kempen nasional bertemakan ‘Saya Pilih Beras Tempatan’ yang dijadual bermula bulan hadapan.

    Beliau berkata kempen itu bukan sekadar inisiatif komunikasi sebaliknya satu gerakan untuk meningkatkan kesedaran pengguna bahawa beras tempatan bukan sahaja setanding dari segi kualiti dan rasa, malah memberi nilai ekonomi dan strategik yang besar. 

    “Beras tempatan dapat membantu pesawah meningkatkan pengeluaran domestik dan yang lebih penting, mengurangkan kebergantungan negara kepada import,” katanya.

    MENARIK:  Presiden MCA gesa kaji semula garis panduan majlis rumah ibadat

    Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak termasuk pesawah, pengguna, pengedar, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menyokong kempen berkenaan.

    Mohamad berkata Kerajaan MADANI komited memperkukuh industri padi dan beras negara menerusi pelbagai pendekatan menyeluruh termasuk subsidi bersasar, sokongan kepada pesawah, pelaburan dalam infrastruktur dan program kesedaran pengguna.

    “Usaha ini bukan sahaja bertujuan memastikan bekalan makanan mencukupi tetapi juga untuk memperkukuh kedaulatan makanan negara dan menjadikan industri padi lebih mampan dan berdaya saing.

    “Kalau kita mahu negara terus maju dan berdikari, kita mesti berani membuat pilihan yang tepat dan memilih beras tempatan adalah salah satu daripadanya,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah