29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Guan Eng tolak pelawaan sertai demo pro-Najib

    Shopee Sale

    Pengerusi DAP Lim Guan Eng menolak pelawaan PAS untuk bersama-sama menyertai perhimpunan solidari dengan bekas perdana menteri Najib Razak minggu depan.

    Lim mendakwa parti itu sedang bermain ‘politik bahaya Squid Game’, yang disifatkannya sebagai rancangan besar politik untuk menghapuskan musuh politik bagi mendapatkan kuasa.

    Dia juga berkata menolak pelawaan itu hari ini ketika PAS juga merancang perhimpunan lain bagi “membuli” dua pemimpin DAP di ibu kota, iaitu Nga Kor Ming dan Hannah Yeoh.

    “Pemimpin DAP berdiri dalam solidariti dan menyokong kedua-dua Nga dan Hannah atas percubaan berbahaya oleh PAS menggunakan kenyataan mengelirukan untuk mencetuskan sentimen agama dan menimbulkan ketidakharmonian yang bercanggah dengan hak asasi kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

    Isu berkaitan biografi Hannah Becoming Hannah muncul semula selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah terhadap bekas ketua polis negara Musa Hassan empat tahun lepas.

    Hannah mendakwa Musa menuduhnya menulis buku untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian serta mempunyai hubungan dengan pendakwah Evangelis dan Yahudi untuk merosakkan Islam.

    MENARIK:  ‘Tahanan rumah boleh kurangkan kesesakan institusi penjara’

    Nga pula terpalit dengan kontroversi ekoran sambutan Krismas di kementeriannya serta melibatkan kakitangan beragama Islam.

    Terdahulu, Lim menolak kebersamaan Umno dan PAS dalam perhimpunan itu kerana ia memberi kesan kepada kestabilan politik. 

    Malah, katanya, ia turut menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan Umno dalam membentuk kerajaan pada 2022 atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.  

    PAS minggu lepas mengumumkan akan menyertai perhimpunan setiakawan untuk Najib pada 6 Januari di Mahkamah Rayuan, Putrajaya, anjuran Umno,

    Perhimpunan itu berlangsung serentak dengan pendengaran mengenai titah tambahan diraja yang berkemungkinan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah.  

    Perhimpunan itu bakal mencatat sejarah sebagai kerjasama pertama antara kedua-dua parti sejak Muafakat Nasional berakhir pada 2022.

    Pemimpin Umno bagaimanapun berkata Umno tidak pernah berbincang dengan PAS perkara itu dan merancangnya lebih awal, selain menafikan mempunyai ssebarang agenda politik.


    Berikut kenyataan penuh Lim: KATA MP | Squid Game ala PAS

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah