27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GISBH: Fauwaz Fadzil ketuai JK khas sukatan pelajaran pulih akidah

    Shopee Sale

    Sarjana Islam yang juga Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Ali@Fadzil dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas bagi menyediakan sukatan pelajaran pemulihan akidah mangsa dan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata jawatankuasa itu turut dianggotai lima lagi pakar dalam bidang akidah.

    Beliau berkata sukatan pelajaran pemulihan itu juga memfokuskan kepada kaedah dan cara yang sesuai untuk memulihkan fahaman akidah mangsa serta pengikut GISBH, khususnya kanak-kanak.

    “JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) memang ada modul pemulihan akidah termasuk untuk pengikut-pengikut Al-Arqram … cuma sukatan pelajaran dan modul untuk golongan dewasa.

    MENARIK:  Penyiasatan: Wujudnya rangkaian 263 tentera siber naikkan sokongan di FB Anwar

    “Jadi kita belum ada lagi sukatan pelajaran modul khusus untuk anak anak, jadi saya telah amanahkan Ustaz Fauwaz dan lima anggota yang juga pakar akidah untuk membangunkan sukatan pelajaran berkenaan supaya kita dapat memulihkan akidah pengikut dewasa serta anak-anak,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah