29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gambar pemimpin dalam khutbah: 4 pegawai Jaim kena tindakan tatatertib

    Shopee Sale

    Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengambil tindakan tatatertib terhadap empat pegawainya berhubung penggunaan gambar pemimpin politik pada paparan infografik slaid khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri itu, minggu lepas.

    Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata pihaknya telah menyiasat perkara itu dan mendapati ia memang berlaku dan mereka yang terlibat mengakui kesilapan tersebut.

    "Mereka merupakan kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid yang bertanggungjawab melaksanakan penyediaan slaid tersebut... kita telah mengambil tindakan tegas, ada di antara mereka telah diberhentikan selain ada yang ditukarkan ke bahagian serta daerah lain.

    "Ia satu kesilapan yang sama sekali tidak boleh dilakukan dan JAIM memohon maaf atas kekhilafan tersebut serta akan memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

    MENARIK:  Terima Zafrul, PKR tak peduli amaran Umno - Pemuda Bersatu

    Infografik khutbah bertajuk 'Negaraku, Tanah Airku' pada 20 Sept lepas itu, yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Masjid JAIM bersempena Sambutan Hari Malaysia, memaparkan wajah seorang ketua parti pembangkang dan telah mencetuskan perdebatan hangat.

    JAIM sebelum ini telah mengeluarkan permohonan maaf dan meminta slaid infografik itu yang disiarkan di papan layar semua masjid di Melaka ditarik balik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah