Penjawat awam daripada kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional akan menikmati kenaikan gaji 15 peratus.
Kenaikan dilakukan secara bertahap iaitu lapan peratus pada Disember tahun ini dan selebihnya (tujuh peratus) pada Januari 2026.
Kumpulan pengurusan tertinggi pula akan mendapat kenaikan tujuh peratus, bermula dengan empat peratus pada Disember ini dan tiga peratus pada 2026.
Keputusan berkaitan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) di Putrajaya, pagi ini.
[Berita penuh menyusul]





