26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gaduh depan sekolah, polis tahan 15 individu

    Shopee Sale

    Polis menahan 15 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai di Johor Bahru, semalam.

    Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 12.45 tengah hari semalam, dan mereka ditahan terdiri daripada 13 kanak-kanak lelaki serta dua wanita tempatan berusia antara 12 hingga 37 tahun.

    Mereka ditahan antara 3 petang hingga 11.11 malam tadi di kawasan Nusa Bestari serta Iskandar Puteri.

    “Punca pergaduhan dipercayai akibat tidak puas hati apabila seorang daripada suspek telah ditampar hingga membawa pergaduhan selepas waktu persekolahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Pemilihan PKR: Amirudin Shari sahkan tanding jawatan peringkat pusat

    Kumarasan berkata permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas dua wanita terbabit dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini, manakala semua kanak-kanak lelaki direman sehingga 14 April.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 323 kanun sama iaitu sengaja mendatangkan kecederaan.

    Terdahulu, sebuah video berdurasi 29 saat yang memaparkan pergaduhan itu tular di Facebook.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah