29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Formula Bersatu: Hamzah timbalan presiden, Azmin SU Agung

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin bakal 'naik pangkat' bagi jawatan Timbalan Presiden pada pengundian parti itu akan datang.

    Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mendedahkan, perkembangan itu merupakan hasil perbincangan serta kesepakatan kepimpinan tertinggi parti itu.

    Menurutnya, Hamzah akan menggantikan tempat Ahmad Faizal Azumu yang bersetuju untuk mengundurkan diri.

    Ahmad Faizal sebaliknya akan menawarkan diri untuk mengisi salah satu daripada tiga jawatan naib presiden parti itu, yang kosong selepas penyandangnya, Rafiq Naizamohidden keluar dari Bersatu pada 2022.

    Dua penyandang naib presiden - Radzi Jidin dan Ronald Kiandee - juga akan mempertahankan jawatan mereka dalam pengundian parti akan datang, tambahnya.

    MENARIK:  MB Selangor pula nyatakan sokongan terbuka terhadap Nurul Izzah

    Muhyiddin berkata Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Mohamed Azmin Ali pula akan ditawarkan jawatan setiausaha agung.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah