29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ewon timbalan ketua menteri, Jamawi, Jafry jadi menteri

    Shopee Sale

    Anggota kabinet baru Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan hari ini.

    Selain pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS), turut tersenarai ialah Presiden Upko Ewon Benedick, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) tunggal PKR Jamawi Jaafar dan Jafry Ariffin (BN).

    Menurut senarai yang diedarkan kepada media, Ewon akan berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri (TKM) III.

    Timbalan Ketua Menteri I dan II ialah Joachim Gunsalam dan Masidi Manjun.

    Termasuk Hajiji, Joachim, dan Masidi, terdapat lapan anggota kabinet dari GRS, dan masing-masing satu dari Upko, PH, dan BN.

    Berikut senarai penuh menteri dan portfolio mereka:

     Hajiji Noor (GRS) - Ketua menteri

    Joachim Gunsalam (GRS) - TKM I, Menteri Kerja Raya dan Utiliti
    Masidi Manjun (GRS) - TKM II, Menteri Kewangan
    Ewon Benedick (Upko) - TKM  III, Menteri Perindustrian, Keusahawanan, dan Pengangkutan

    Arifin Arif (GRS) - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Jamawi Jaafar (PH) - Menteri Pertanian, Perikanan, dan Industri Makanan
    Rubin Balang (GRS) - Menteri Pembangunan Luar Bandar
    James Ratib (GRS) - Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi, dan Inovasi
    Jafry Ariffin (BN) - Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar
    Julaita Mojungki (GRS) - Menteri Pembangunan Wanita, Kesihatan, dan Kesejahteraan Awam
    Nizam Titingan (GRS) - Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan, dan Industri Kreatif

    MENARIK:  Hassan Karim tawar diri jadi peguam Akmal

    Jamawi hanya menyertai PKR sebelum hari penamaan calon.

    Sebelum ini, Jamawi memenangi kerusi Kemabong bawah BN pada 2018, tetapi kemudian berpaling tadah ke Warisan selepas pilihan raya.

    Pada 2020, dia kembali semula ke BN apabila Musa Aman melakukan rampasan kuasa terhadap kerajaan yang diterajui Warisan ketika itu. Dia kemudian menyertai parti Gagasan Rakyat Sabah milik Hajiji sebelum menjadi anggota PKR.

    Jafry dilaporkan sebagai salah seorang orang kanan ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin. Bung sebelum ini pernah berselisih faham dengan Hajiji.

    Daripada anggota kabinet GRS, empat dikaitkan dalam skandal perlombongan Sabah, iaitu Hajiji, Joachim, Masidi, Arifin, dan Rubin.

    Arifin juga merupakan menantu kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Musa Aman. Dia sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu menteri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah