26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Erdogan jumpa Anwar bincang pemulihan Gaza minggu depan

    Shopee Sale

    Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang akan mengadakan lawatan ke Malaysia pada minggu depan.

    Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata hal ini kerana kedua-dua figura itu merupakan antara pemimpin yang lantang menyuarakan pandangan mewakili dunia Islam termasuk isu penindasan terhadap rakyat Palestin.

    "Saya fikir ini ialah waktu yang sangat penting setelah Presiden Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pelan (mengambil alih Semenanjung Gaza) yang pada saya langsung tidak masuk akal.

    “Saya percaya pertemuan antara kedua-dua pemimpin (Anwar dan Erdogan) utama dan besar ini yang juga sahabat lama, tentunya akan memberi impak yang sangat signifikan terhadap ikhtiar masyarakat antarabangsa bagi mencari jalan untuk menjayakan pembangunan semula Gaza," katanya.

    MENARIK:  'Lebih sesuai Pak Teh balik ke gua, jika tak boleh terima sindiran'

    Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mewakili Perdana Menteri untuk menyempurnakan perasmian Majlis Peluncuran Skim Rumah Ibu di Ipoh, Perak hari ini.

    Pada 5 Feb lepas, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membuat kenyataan bahawa AS “akan mengambil alih” Semenanjung Gaza selepas menempatkan semula rakyat Palestin di tempat lain di bawah pelan pembangunan semula yang didakwa boleh mengubah enklaf itu menjadi the Riviera of the Middle East.

    Bagaimanapun, Kumpulan Palestin, Hamas dan beberapa pemimpin dunia dilaporkan secara tegas menolak kenyataan Trump berhubung perkara itu selain menyifatkan ia sebagai kekeliruan dan kejahilan mendalam terhadap perjuangan Palestin serta rantau ini secara keseluruhan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah