26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Emas Kelantan dipromosi sebagai produk pelancongan

    Shopee Sale

    Kerajaan negeri menyarankan pengusaha kedai emas menawarkan reka bentuk serta kadar upah lebih kompetitif sepanjang program Bulan Emas Kelantan 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 31 Mac ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Kamarudin Md Nor, berkata penganjuran julung kali program itu bersempena Ramadan dan Aidilfitri dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung ke lokasi tumpuan perniagaan emas di negeri berkenaan.

    Katanya Bulan Emas Kelantan 2026 dijangka menjadi platform untuk memperkukuh industri emas tempatan, selain merancakkan aktiviti ekonomi peniaga menjelang musim perayaan.

    MENARIK:  Urusan ambil pegawai perkhidmatan awam berteras meritokrasi - KPPA

    “Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memiliki emas sebagai simpanan nilai,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program itu di Kota Bharu semalam.

    Kamarudin berkata kawasan seperti Pasar Siti Khadijah dan Bazar Tuan Padang sememangnya popular sebagai pusat perniagaan emas dan ia akan terus dipromosikan sebagai destinasi beli-belah emas.

    Katanya walaupun tiada peranancangan untuk mewartakan kawasan tertentu sebagai ‘zon emas’, kerajaan negeri akan mempergiat usaha promosi di lokasi sedia ada bagi meningkatkan daya tarikan kepada pelawat.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah