29.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 14, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Edar dadah: Lelaki terlepas hukuman gantung

    Shopee Sale

    Seorang bekas penghantar barang yang berdepan pertuduhan mengedar dadah 10.8 kilogram empat tahun lepas, terlepas hukuman mati apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Melaka di Melaka hari ini.

    Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Yee Kok Chong, 44, pada akhir kes pembelaan.

    Mohd Radzi dalam penghakimannya berkata kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi penting termasuk gagal mengemukakan rakaman percakapan saksi yang diminta pihak pembelaan, telah menyebabkan prejudis terhadap tertuduh.

    “Dengan itu mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan satu keraguan munasabah terhadap tertuduh dan oleh itu mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh,” katanya.

    MENARIK:  Pelajar Malaysia lega keluar dari rusuhan di Bangladesh

    Yee dituduh mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 10,898 gram di sebuah bangku kayu di Persimpangan Lereh 3, bersebelahan sebuah sekolah di dalam daerah Melaka Tengah sekitar 7.05 malam pada 14 Jan 2021.

    Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama, yang memperuntukan hukuman mati atau dengan pemenjaraan seumur hidup.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Saleh, manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

    Perbicaraan menyaksikan seramai lapan orang saksi pendakwaan dikemukakan, manakala pihak pembelaan telah memanggil seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah