31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua Sikh pertama bertanding jawatan kanan dalam MPP, AMK

    Shopee Sale

    Pertama kali dalam sejarah, dua anggota masyarakat Sikh bertanding dalam pengundian pusat dan sayap pemuda (AMK) PKR.

    Baldip Singh Santokh Singh dari Cabang Kampar, Perak, bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) manakala Gurjeet Singh Kuldip Singh daripada Cabang Sepang bertanding jawatan exco AMK.

    Bagaimanapun, mereka menegaskan bukan hanya mewakili masyarakat Sikh tetapi untuk semua kaum.

    Dalam kenyataan bersama, mereka berikrar membawa suara akar umbi ke peringkat nasional, dengan fokus kepada pemerkasaan belia, hak minoriti, keadilan sosial dan pembinaan negara bangsa yang bersatu.

    “Kami bukan hanya mewakili komuniti kami, tetapi hadir untuk menyumbang kepada masa depan Malaysia yang lebih baik dan adil untuk semua,” kata Gurjeet.

    Sementara Gurjeet, yang aktif dalam kerja-kerja masyarakat dan belia di peringkat akar umbi, menyifatkan pencalonannya sebagai pencapaian besar buat komuniti Sikh Punjabi yang selama ini kurang diwakili dalam kepimpinan politik arus perdana.

    “Ini adalah saat yang amat membanggakan buat saya dan komuniti Sikh Punjabi. 

    MENARIK:  Hashim Hamzah angkat sumpah jawatan Hakim Besar Malaya

    “Ia membuktikan bahawa PKR benar-benar komited dalam membina sebuah Malaysia yang inklusif.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti, khususnya presiden, atas peluang ini untuk turut serta dalam barisan kepimpinan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah