24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua lelaki dipenjara, sebat kerana menyamar polis untuk menyamun

    Shopee Sale

    Dua individu hari ini dihukum penjara setahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki Myanmar dua bulan lalu.

    Hakim Nu’aman Mahmud Zuhudi menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Shahrel Omar, 31; dan Mat Yusri Mat Osman, 28.

    Dia juga memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara dari tarikh masing-masing ditangkap, iaitu 25 Julai untuk Muhammad Shahrel dan sehari kemudian Mat Yusri.

    Mereka didakwa menyamun Myo Min Win, 32, dengan mengambil pasport, kad pengenalan, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM1,500 milik mangsa.

    Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah di Sentul kira-kira jam 9 malam pada 29 Jun lalu.

    Muhammad Shahrel dan Mat Yusri didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

    Berdasarkan fakta kes, Myo ditahan oleh kedua-dua tertuduh yang memperkenalkan diri sebagai polis tanpa menunjukkan kad kuasa. Mereka kemudian meminta mangsa menyerahkan pasport sebelum mereka mengambil beg silangnya dan melarikan diri.

    MENARIK:  Bayi maut dikelar ibu sendiri

    Terdahulu, timbalan pendakwa raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh sebagai pengajaran.

    Bagaimanapun, Muhammad Shahrel - yang tidak diwakili peguam - merayu hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja dan kehilangan seorang anak dalam kemalangan

    Mat Yusri pula memohon hukuman ringan atas alasan perlu menanggung keluarga. Dia juga tidak diwakili peguam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah