31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DPA jangan jadi ‘talian hayat’ golongan elit – C4

    Shopee Sale

    Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) menyuarakan bantahan keras terhadap cadangan mekanisme Perjanjian Penangguhan Pendakwaan (DPA) yang membolehkan individu terbabit kes rasuah bernilai RM100 juta ke atas menyelesaikan kes di luar mahkamah.

    C4 Center dalam kenyataan hari ini menyifatkan cadangan itu sebagai langkah "mengarut" yang hanya akan menghakis kepercayaan awam terhadap sistem keadilan jenayah negara.

    "Ini merupakan salah faham yang sangat berbahaya mengenai DPA, yang sepatutnya dihadkan kepada legal persons dan bukannya natural persons.

    "Mekanisme ini secara berkesan akan menggalakkan pemimpin untuk melakukan rasuah dalam jumlah yang besar bagi melayakkan diri untuk DPA: mengapa perlu menyalahgunakan RM50 juta dan berdepan tuduhan jenayah sedangkan seseorang boleh mengambil dua kali ganda jumlah itu dan menyelesaikan kes di luar mahkamah?" kata badan pemantau itu.

    Azam Baki

    Reaksi tersebut menyusul selepas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, baru-baru ini yang menyatakan mekanisme itu bertujuan membolehkan entiti korporat dan individu berkaitan kes rasuah bernilai tinggi untuk mencapai penyelesaian tanpa melalui perbicaraan penuh.

    Risiko sistem keadilan dua darjat

    Menurut C4 Center, rasional yang diberikan oleh SPRM bahawa mekanisme itu dapat mengelakkan kes daripada berlarutan selama bertahun-tahun sehingga merugikan kerajaan adalah tidak memadai.

    MENARIK:  Pertemuan dengan Iran dijangka minggu ini - Utusan Khas AS

    Jelas badan itu lagi, kes-kes berskala besar lazimnya melibatkan penyelewengan dana awam oleh pemimpin politik dan birokrat yang memegang kuasa.

    "Adakah itu justifikasi yang mencukupi untuk membolehkan individu berkuasa tersebut hanya membayar pampasan dan terlepas daripada hukuman jenayah?

    "Trend menyelesaikan kes rasuah melalui penyitaan aset, ditambah pula dengan rancangan memperkenalkan rejim DPA yang membenarkan individu menyelesaikan kes berdasarkan ambang nilai tertentu, adalah membimbangkan," katanya lagi.

    C4 Center turut menarik perhatian kepada amalan di United Kingdom, yang skim DPA secara eksplisit mengecualikan individu bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada liabiliti, manakala syarikat dibenarkan beroperasi demi kelangsungan ekonomi dan pekerjaan.

    Sehubungan itu, C4 Center menggesa kerajaan Madani untuk:

    • Menghadkan skop DPA hanya kepada entiti korporat sahaja.

    • Mengadakan sesi libat urus bermakna bersama organisasi masyarakat sivil (CSO) sebelum merangka undang-undang berkaitan DPA.

    • Memastikan perlucuthakan aset tanpa sabitan tidak digunakan semata-mata untuk memulihkan kerugian kewangan tanpa mengheret pelaku ke muka pengadilan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah