27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Di Kedah pula, lagi kes rogol berkumpulan di sekolah dilaporkan

    Shopee Sale

    Lagi kejadian rogol berkumpulan melibatkan pelajar sekolah di dalam kelas dilaporkan berlaku, kali ini di Baling, Kedah.

    Dilaporkan empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah di daerah itu, ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam rogol berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Baling Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, polis menerima laporan pengadu berusia 53 tahun pada Ahad selepas dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video bogel anaknya.

    Susulan itu, tiga pelajar sekolah dan seorang bekas pelajar sekolah sama, ditahan pada malam itu bagi membantu siasatan.

    MENARIK:  Beras import, tempatan dah bercampur sejak 1970-an

    "Hasil siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi di dalam kelas sekolah berkenaan.

    "Berikutan itu, kesemua suspek ditahan dan direman lima hari mulai tarikh mereka ditangkap dan merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

    Salimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah