29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    Rang undang-undang (RUU) itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

    Terdahulu, semasa penggulungan perbahasan RUU, Shamsul Anuar berkata MCBA antara lain akan mengambil alih fungsi agensi berkaitan di pintu masuk negara seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

    Namun, beliau berkata pengambilalihan itu tidak termasuk fungsi pentafsiran dan kutipan duti atau cukai di pintu masuk kekal seperti di bawah JKDM, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Kementerian Kesihatan.

    "Peralihan fungsi ini juga tidak akan menjejaskan agensi atau kementerian berkaitan di luar kawasan pintu masuk yang turut memainkan perananan sebagai entiti semak dan imbang kepada kemasukan orang, barangan dan kenderaan ke negara ini yang telah melepasi kawalan MCBA di pintu masuk negara," tambah beliau.

    MENARIK:  Pengurus syarikat maut dalam kemalangan empat kenderaan

    Menyentuh mengenai penjawatan MCBA, Shamsul Anuar berkata sebanyak 13,720 penjawatan melibatkan agensi berkaitan sedia ada dalam pengurusan kawalan pintu masuk negara dijangka terlibat dalam peralihan jawatan sebagai anggota dan pegawai MCBA.

    Pada 9 Julai lepas, RUU itu dibacakan kali pertama antara lain bertujuan menjelaskan mengenai cadangan fungsi serta kuasa agensi itu berhubung dengan kawalan dan perlindungan sempadan selain mengadakan peruntukan bagi perkara berkaitan.

    Ia juga mencadangkan jika sesuatu kesalahan dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis negeri Sabah atau Sarawak, penguatkuasaan, penyiasatan dan pendakwaan kesalahan itu akan dilaksanakan pihak berkuasa negeri masing-masing.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah