26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dewan Rakyat kecoh lagi, PN dakwa DAP mahu tutup Kemas

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Kekecohan sekali lagi tercetus di Dewan Rakyat hari ini susulan dakwaan Shahidan Kassim (PN - Arau) bahawa kononnya DAP mahu menutup Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

    Shahidan pada mulanya menggesa audit dijalankan ke atas peruntukan ahli parlimen pembangkang yang didakwanya disalurkan kepada agensi kerajaan, dengan secara khusus menyebut Kemas, dan ketua-ketua bahagian parti pemerintah yang kalah dalam pilihan raya.

    Shahidan Kassim (PN - Arau)

    “Saya minta supaya auditkan apa yang telah diberi, peruntukan diberi kepada siapa?

    “Saya tak tahu. Kata diberikan kepada Kemas. Dulu yang nak tutup... DAP nak tutup Kemas, kami (ahli parlimen pembangkang) perjuangkan Kemas,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang pindaan Akta Audit 1957 di Dewan Rakyat, hari ini.

    Kenyataan Shahidan itumengundang bantahan dan celahan daripada tiga ahli parlimen DAP - Teresa Kok (PH - Seputeh), RSN Rayer (PH - Jelutong) dan Syerleena Abdul Rashid (PH - Bukit Bendera).

    MENARIK:  Isu surat sokongan: Anwar tolak desakan pecat Shamsul Iskandar

    Mereka menuntut Shahidan menunjukkan bukti dan menarik balik kenyataannya dan kedua-dua pihak kemudiannya mula menjerit sesama mereka.

    “Bila DAP kata nak tutup Kemas? Kita (DAP) tak pernah kata nak tutup Kemas, Arau (Shahidan),” tegas Kok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah